Malaikat datang mendengar bacaan al-Qur-an oleh seseorang
Ayat Qur-an / Hadith :
١٢. عن أبي سعيد الخدري * أن أسيد بن حضير، بينها هو ليلة، يقرأ في مربده، إذ جالت فرشه، فقرأ، ثم جالت أخرى، فقراً ، ثم جالت أيضا، قال أسيد: فخشيت أن تطأ يحتي، فقمت إليها، فإذا مثل الظلة فوق رأسي، فيها أمثال الشرج، عرجت في الجو حتى ما أراها، قال: فغدوت على رسول اللہ ﷺ فقلت: يا رسول الله! بينا أنا البارحة من جوف الليل أقرأ في مربدي، إذ جالت فرسي، فقال رسول اللہ ﷺ: إقرا ابن حضير! قال: فقرأت، ثم جالت أيضا فقال رسول اللہ ﷺ: إقرا ابن حضير! قال: فقرأت، ثم جالت أيضا فقال رسول اللہ ﷺ: اقرا ابن حضير! قال: فانصرفت، وكان يحيى قريبا منها، خشيت أن تطأه، فرأيت مثل الظلة، فيها أمثال الشرج، عرجت في الجو حتى ما أراها، فقال رسول اللہ ﷺ: تلك الملائكة كانت تستمع لك، ولو قرأت لأصبحت يراها الناس، ما تستتر منهم.
رواه مسلم، باب نزول السكينة لقراءة القرآن، رقم : ١٧٥٩
Terjemahan :
12. Sayyidina Abu Sa'id Khudri meriwayatkan bahawa pada suatu malam Sayyidina Usaid bin Hudair sedang membaca al-Quran di kandang kudanya, tiba-tiba kuda betinanya berlompat-lompat. Beliau membaca lagi dan kudanya berlompat-lompat lagi. Beliau terus membaca lagi dan kudanya bertambah berputar lagi." Sayyidina Usaid berkata bahawa saya bimbang kuda itu akan memijak anak saya Yahya (yang ada di situ) lantas saya pergi berdiri berhampiran dengan kuda itu lalu saya nampak sesuatu seumpama awan ada di bahagian atas kepala saya yang di dalamnya terdapat benda-benda bercahaya seumpama pelita. Benda seumpama awan itu menaik ke atas sehingga hilang daripada pandangan saya. Pada waktu pagi saya terus pergi berjumpa Nabi SAW dan memberitahu, "Wahai Rasulullah, semalam saya membaca al-Quran di kandang kuda saya tiba tiba kuda saya berlompat." Rasulullah bersabda, "Wahai Ibnu Hudair, teruslah membaca." Sayyidina Usaid berkata lagi. "Saya terus membaca lagi dan kuda itu berlompat lagi." Rasulullah bersabda lagi, 'Wahai Ibnu Hudair, bacalah lagi. Beliau menjawab, "Saya teruskan bacaan dan kuda bertambah berlompat lagi." Baginda bersabda lagi. "Wahai Ibnu Hudair, bacalah lagi." Sayyidina Usaid berkata, "Lantas saya pun bangun dan pergi dari situ kerana anak saya Yahya berada berhampiran dengan kuda itu dan saya bimbang kuda itu akan memijaknya. Lalu saya nampak sesuatu seumpama awan, di dalamnya terdapat benda-benda bercahaya seumpama pelita. Benda itu terus naik ke atas sehingga hilang daripada pandangan saya." Baginda bersabda, "Itu ialah para malaikat yang datang untuk mendengar bacaanmu. Jika engkau membaca sehingga ke pagi maka orang ramai akan dapat melihatnya. Para malaikat itu tidak akan menyembunyikan diri daripada mereka." (Muslim)
Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :
Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.
Mukasurat : 277/278.
Catitan :

Comments
Post a Comment