Jika Al-Quran dibaca waktu malam, ia akan memberi syafaat

Ayat Qur-an / Hadith :

٤. عن عبد الله بن عمرو - أن رسول اللہ ﷺ قال: الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة، يقول الصيام: أي رب منعنه الطعام والشهوة فشفعني فيه، ويقول القرآن منعته النّوم بالليل فشفعني فيه، قال: فيشفعان له
رواه أحمد والطبراني في الكبير ورجال الطبراني رجال الصحيح، مجمع الزوائد 419:3.

Terjemahan :

4. Sayyidina Abdullah bin 'Amr meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Pada hari kiamat, puasa dan al-Quran akan memberi syafaat untuk seseorang hamba. Puasa akan berkata, "Wahai Tuhanku, aku telah menahannya daripada makan dan memenuhi tuntutan nafsu syahwat. Lantaran itu terimalah syafaatku untuknya. Al-Quran pula berkata, "Wahai Tuhanku, aku telah menahannya daripada tidur pada waktu malam (yakni dia sentiasa membacaku dalam solah sunat pada waktu malam) maka terimalah syafaatku untuknya. Jadi kedua-duanya memberi syafaat kepada orang itu." (Musnad Ahmad, Tabarani: Majma uz-Zawa'id).


Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Mukasurat :

Catitan :

Comments

Popular posts from this blog

Belajarlah al-Qur-an dan bacalah dalam solah tahajud

Ahli al-Quran akan dipakaikan dengan mahkota kemuliaan

Al-Qur-an diturunkan dari Allah SWT