Ibu dan bapa ahli al-Qur-an akan dipakaikan dengan pakaian yang tidak ternilai harganya

Ayat Qur-an / Hadith :

٢٢. عن بريدة * قال: كنت جالسا عند النبي * فسمعته يقول: إن القرآن يلقى صاحبه يوم القيامة حين ينشق عنه قبره كالرجل الشاحب. فيقول له: هل تعرفني؟ فيقول: ما أعرفك، فيقول له: هل تعرفني؟ فيقول: ما أعرفك، فيقول: أنا صاحبك القرآن الذي أظمأتك في الهواجر وأشهرت لبلك، وإن كل تاجر من وراء تجارته، وإنك اليوم من وراء كل تجارة فيعطى الملك بيمينه والخلد بشماله ويوضع على رأسه تاج الوقار، ويكسى والداه حلتين لا يقوم هنا أهل الدنيا فيقولان: بم كسينا هذه؟ فيقال: بأخذ ولدكا القرآن ثم يقال له: اقرأ واصعد في درجة الجنة وغرفها فهو في صعود ما دام يقرأ، هذا كان، أو ترتيلا .

رواه أحمد، الفتح الرباني: ١٨: ٠٦٩

Terjemahan :

22. Sayyidina Buraidah berkata bahawa saya berada di sisi Nabi SAW dan saya mendengar Baginda SAW bersabda, "Pada hari kiamat ketika ahli al-Quran keluar dari kubur maka al-Quran datang dalam keadaan yang pucat lalu bertanya, "Apakah kamu mengenaliku?" Orang itu akan berkata, "Aku tidak mengenalimu." Al-Quran akan mengulangi soalannya. "Apakah engkau mengenaliku?" Orang itu akan berkata, "Aku tidak mengenalimu." Al-Quran akan berkata, "Akulah al Quran, temanmu yang telah menyebabkan kamu dahaga pada waktu tengahari yang panas dan yang menyebabkan kamu berjaga malam. Yakni kerana beramal dengan hukum al-Quran kamu berpuasa pada waktu siang dan membaca al-Quran pada waktu malam. Setiap peniaga inginkan keuntungan daripada perniagaannya dan hari ini kamu ialah orang yang paling banyak mendapat keuntungan daripada perniagaan. Selepas itu, ahli al-Quran itu akan diberikan kerajaan di tangan kanannya dan jaminan kekal (dalam syurga) diberi di tangan kirinya. Di atas kepalanya akan dipakaikan dengan mahkota kemuliaan. Kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua pasang pakaian yang harganya tidak mampu dinilaikan oleh penduduk dunia seluruhnya. Mereka berdua akan berkata, "Apakah sebabnya kami dipakaikan dengan pakaian ini?" Mereka akan dijawab. "Kerana anak kamu menghafal al-Quran." Kemudian akan dikatakan kepada ahli al-Quran itu, "Teruslah membaca al-Quran dan naiklah tingkat-tingkat serta kamar-kamar syurga." Oleh itu dia akan terus naik tingkat-tingkat syurga selagi dia membaca al-Quran sama ada secara tartil atau cepat." (Musnad Ahmad: Fath ur-Rabbani).

Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Mukasurat : 283.

Catitan :

Comments

Popular posts from this blog

Belajarlah al-Qur-an dan bacalah dalam solah tahajud

Ahli al-Quran akan dipakaikan dengan mahkota kemuliaan

Al-Qur-an diturunkan dari Allah SWT