Al-Qur-an akan memohonkan pakaian dan redha dari Allah SWT

Ayat Qur-an / Hadith :

٢١. عن أبي هريرة * عن النبي ﷺ قال: يجي: صاحب القرآن يوم القيامة فيقول: يا رب حله فيلبس تاج الكرامة، ثم يقول: يا رب، زده، فيلبس خلة الكرامة، ثم يقول: يا رب ارض عنه، فيرضى عنه فيقال له: اقرأ وارق ويزاد بكل آية حسنة.

رواه الترمذي وقال: هذا حديث حسن صحيح، باب إن الذي ليس في جوفه من القرءان کالبيت الحرب، رقم : ٢٩١٥

Terjemahan :

21. Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Ahli al-Quran akan datang pada hari kiamat (ke hadapan Allah SWT) lalu al-Quran akan berkata kepada Allah SWT, "Kurniakanlah kepadanya sepasang pakaian." Maka dia akan dipakaikan mahkota kemuliaan dari sisi Allah SWT. Al-Quran akan memohon lagi, "Ya Tuhanku, berilah lagi kepadanya pakaian." Maka orang itu akan dipakaikan pakaian kemuliaan dengan sempurna. Kemudian al-Quran memohon lagi, "Wahai Tuhanku, redhakanlah dia." Maka Allah SWT akan redha terhadapnya. Kemudian akan dikatakan kepadanya, "Teruslah membaca al-Quran dan naiklah tingkat-tingkat syurga." Sebagai ganjaran bagi setiap ayat satu pahala akan ditambahkan untuknya." (Tirmizi).

Nama Surah : Nombor Ayat / Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Mukasurat :

Catitan :

Comments

Popular posts from this blog

Belajarlah al-Qur-an dan bacalah dalam solah tahajud

Ahli al-Quran akan dipakaikan dengan mahkota kemuliaan

Al-Qur-an diturunkan dari Allah SWT